Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Selasa, 14 Jun 2011

Agro Pelancongan - Ladang Anggur Tasik Beris

Nak cerita sikit tentang lawatan ke Ladang Anggur Tasik Beris ni...bukan nak promo ke apa...tak de syer pun...tapi saya tertarik dengan ciri-ciri usahawan yang ada pada pengusaha ladang anggur ni.Dan lagi satu sebagai anak Kedah saya bangga gak la sebab ada ladang anggur yang besar dan cantik kat negeri saya...yes!

Kalau korang mai Kedah, saya  syorkan supaya  melawat ke ladang ini.  Dari Lebuhraya PLUS, ambil exit keluar ke Gurun. Dari situ teruskan perjalanan ke Pekan Sik yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Apabila sampai Pekan Sik, ambil laluan untuk ke Gulau dan 10 minit perjalanan akan ke ladang ini.

Ladang Anggur Tasik Beris, SIK, Kedah

 
Ladang ini diusahakan oleh syarikat Excel Agrotech Sdn Bhd  di pinggir Tasik Beris ( Tasik buatan manusia yang terjadi hasil dari Empangan Beris).Projek ini dimulakan pada tahun 2007 dengan menanam 1000 pokok di atas kawasan seluas 1.6 Hektar.Modal permulaannya melebihi  RM500 000, meliputi kos membina bangunan, struktur bumbung, sistem pengairan dan benih. .Mula mengeluarkan hasil pada tahun 2008.Kemudian tanaman anggur ini dikembangkan seluas 12 hektar dengan 7000 pokok di Sungai Senam.(yang ini tidak dibuka untuk lawatan)

Sempat juga saya interview staf-staf kat ladang tu...jenis anggur yang ditanam di sini terdiri daripada Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite.Setelah matang buah anggur akan dipetik dan akan dilakukan prunning ~ semua daun akan dibuang seolah-olah menyamai musim luruh.. .pokok-pokok ini  akan kembali bertunas dan berbunga kemudian berbuah.Jadi pokok anggur di Malaysia boleh dituai dua kali berbanding dengan negara empat musim yang hanya sekali setahun...Emm tidak mustahil jika satu hari nanti Malaysia boleh menjadi antara pengeluar anggur terbesar di dunia!


Pengusaha ladang tersebut, En.Amiruddin Malik terlebih dahulu mengkaji dan belajar teknik tanaman seperti kesesuian tanah, pemilihan benih, penjagaan dan sebagainya daripada ladang anggur terdekat iaitu di Perlis dan Thailand. Anggur boleh ditanam menerusi  biji benih, keratan ranting, tunas dan anak-anak hasil tisu kultur dan akan mencapai peringkat matang antara 10 hingga 12 bulan.
Terdapat galeri jualan yang menjual anggur segar, jus, kordial dan produk berasaskan anggur seperti sabun, losyen badan dan mandian.Anak benih pokok anggur juga boleh didapati disini.Galeri jualan dibuka untuk orang ramai setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Beris Grapes Café  bangunan yang disediakan untuk pelancong di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan suasana ladang dan tasik kerana hampir 90 peratus berdinding kaca.Tenang...gitu...

Oleh kerana ladang ini menjadi tumpuan pelajar istitut pngajian tinggi, pelajar sekolah menengah dan pihak swasta Excel Agrotech Sdn Bhd bercadang mewujudkan satu pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sini bagi tujuan pembelajaran dan rujukan. 

Jom la lawat ladang anggur ni...bayaran masuknya murah ja...RM3 untuk orang dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak...Ni ada gambar-gambar masa di ladang tu....


boleh pandang saja ya...tak boleh petik!


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog