Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Selasa, 5 Julai 2011

Young Business Idol 2011

25 Jun yang lalu telah diadakan satu pertandingan keusahawanan Muda peringkat sekolah-sekolah Pulau Pinang dan Kedah peringkat separuh akhir dan akhir telah diadakan di Aimst University,Semeling, Kedah.Program ini ialah kerjasama antara Fakulti Pengurusan Perniagaan,Aimst University dengan  Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Pulau Pinang.Menurut penganjur,objektif pertandingan ini ialah untuk:
  1. Memperkenalkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar sekolah
  2. Menjalinkan hubungan keusahawanan di antara sekolah-sekolah dengan harapan untuk mendapat idea baru perniagaan
  3. Mengenalpasti pelajar-pelajar perniagaan yang mempunyai inspirasi dan mencungkil bakat keusahawanan mereka
Seramai 19 orang peserta telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan sekolah kami telah diwakili oleh Muhamad Hakimi bin Abdul Rani...peserta lelaki Melayu tunggal...kira lelaki Melayu Terakhir la tu... ditemani oleh Muhammad Ismady bin Fazudin dan Norhazwani...

Citer masa sampai dulu ek...Rekabentuk dan landskap sangat cantik dan moden dengan suasana yang sangat tenang...Sambutan yang amat baik daripada para petugas- peserta ditempatkan di satu bilik berasingan untuk ujian bertulis dan kami di bawa ke Dewan Kuliah Utama di Medical Building untuk taklimat dan slide show yang telah disampailan oleh En.Megat Nazahar bin Shuib selaku Director of Marketing and Student Recruitment....the one and only Malay staff at the management level ( I guess... I hardly saw any Malay faces overthere).. most of them are Indians and Chineese.Mengikut Megat Nazahar,60% kos pembiayaan Aimst University dibiayai oleh kerajaan Malaysia...Lepas taklimat ada kuiz...hmmm Cikgu Rampawan pun jawab jugak tau dan dapat t-shirt lagi...ok la tu...

Daripada 19 orang peserta,hanya 5 saja dipilih ke peringkat akhir..cabaran Hakimi terhenti di sini...tapi tak apa...saya tahu dia dah cuba yang terbaik.Tahun depan kita cuba lagi ek...Peringkat akhir dijalankan secara lisan di mana peserta diminta memilih nombor soalan dan diberi masa 7 minit untuk menjawab soalan yang dikemukakan...gelabah jugak budak-budak tu...kesian...anyway it was a good experience for them!

Soalan-soalan yang telah dikemukakan:
  1. Persekitaran perniagaan menjanjikan peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dijangkakan.Seoarang peniaga melihat setiap aspek sebagai peluang dan potensi untuk memmberikan pulangan pelaburan yang besar.Terangkan bagaimana persekitaran teknologi mempengaruhi sektor pembankan di Malaysia?
  2. Ciri-ciri keusahawanan adalah sesuatu yang dilahirkan atau diwarisi oleh seseorang individu.Kenalpasti seorang usahawan tempatan yang berjaya dan huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan beliau.
  3. Perdana Menteri Malaysia mencetuskan bahawa Rancangan Malaysia ke 10 mengandungi aspirasi program transformasi kerajaan dan model baru ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi dan keterangkuman dan kemampanan.Sebagai bakal salah seorang usahawan,cadangkan tiga sumbangan aktiviti perniagaan domestik kepada pembangunan ekonomi negara.
  4. Dalam era globalisasi,usahawan perlu menggunakan pelbagai teknik promosi yang bersesuaian untuk memperkenalkan produk perniagaan mereka.Pada pandangan anda sejauh manakah internetboleh membantu para usahawan muda memasarkan produk mereka?
  5. En Vigneshwaran,seoarang pengusaha tempatan yang telah menceburi bidang perniagaan francais makanan sushi yang popular di kalangan orang Jepun.Beliau telah mendirikan outlet makanan ini di Kuala Lumpu.Terangkan 3 cabaran dari aspek sosiobudaya yang dihadapi oleh En.Vigneshwaran apabila menjalankan perniagaan francais di Kuala Lumpur.
 Saya tinggalkan soalan-soalan ini untuk kamu semua mencubanya ya....cuba jangan tak cuba ok...

Ni nak citer part paling best...melawat ke Anatomy and Pathology Museum....ada koleksi bahagian-bahagian tubuh badan dan mayat-mayat yang digunakan untuk tujuan P&P kepada pelajar fakulti perubatan...baunya MasyaAllah....menusuk hidung...lepas tu terus pergi lunch...fuhh! tak mampu ku menelan hidangan lagi...bau melekat..mual....controll...controll..nasib baik tak...kimi ngan madi sure tak apa-apa sebab depa tak masuk bilik mayat tu...

ok lah, ni ada gambar-gambar masa kat sana...

Bersama Hakimi,wakil SMKP


Cik Fatimah wakil JPN P.Pinang



Madi dan Wanie


Museum Anatomy and Pathology


Tak sangka...jumpa kawan lama



Madi,Wani and Kimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog