Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Ahad, 17 April 2011

Panduan Menjawab Soalan - Bhgn 2


SOALAN
JAWAPAN
Apakah yang dimaksudkan dengan Better Business Bureau (BBB)? [2m]

Better Business Bureau (BBB) ialah persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan oleh para peniaga bagi membantu pengguna mengelak atau mengambil  tindakan ke atas firma yang menjalankan perniagaan secara tidak beretika
Senaraikan empat tugas Jawatankuasa penaja dalam penubuhan[2m]

Empat tugas jawatankuasa penaja:
(i)         menentukan jenis koperasi yang akan   
    ditubuhkan[ ½ ]
(ii)     menentukan kegiatan koperasi [ ½ ]
(iii)    menggubal undang-undang kecil koperasi [ ½ ]
(iv)    mendaftarkan bakal ahli[ ½ ]
(mesti bentuk “listing”)-beri empat sahaja
                    
Nyatakan tiga peranan ANGKASA.   [3m]

Tiga peranan ANGKASA ialah
-          Menyatukan semua koperasi di Malaysia[1]
-          Mewakili gerakan koperasi Malysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa -[1]
-          Mengalakkan penyelidikan dan pendidikan koperasi[1]
(tidak perlu huraian)

Berdasarkan gambarajah jelaskan proses komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi perniagaan[12m]



  • Calon MESTI  lakarkan proses dengan lengkap 
  • Beri huraian berdasrkan gambarajah

Jelaskan tiga golongan warga korporat. [3m]

Tiga golongan warga korporat ialah
(i)       pemegang saham(fakta) iaitu  pelabur yang  menyumbangkan modal dalam syarikat (huraian)
(ii)     lembaga pengarah (fakta) yang  dilantik oleh pemegang saham dan bertanggungjawab menentukan dasar   dan hala  tuju
syarikat(huraian)
(iii)    pihak pengurusan syarikat (fakta)  iaitu golongan professional yang menjalankan fungsi pengurusan   untuk   mencapai  matlamat perniagaan yang telah ditetapkan(huraian)


Bincangkan mengapa berlakunya  amalan-amalan tidak beretika dalam perniagaan [6m]


Sebab-sebab amalan tidak beretika berlaku :
1.       kepentingan dan keuntungan peribadi
-                      keinginan untuk hidup mewah/mengejar kemasyhuran
-                      contoh: ingin cepat kaya/gelaran/pangkat

2.       tekanan untuk mendapat keuntungan
-                      persaingan hebat/perniagaan merosot/keadaan ekonomi kurang baik
-                     contoh: tidak mampu bayar gaji pekerja

3.       kejahilan  pengguna
-                      pengguna kurang perihatin /tidak sedar tentang hak-hak sebagai pengguna/peniaga mengambil kesempatan


Sekumpulan penduduk kampung yang bergiat dalam bidang pertanian mengahdapi beberapa masalah dalam usaha untuk mengeluar dan memasarkan hasil pertanian mereka. Bagi mengatasi masalah tersebut, mereka mempunyai dua pilihan sama ada menubuhkan syarikat berhad atau koperasi berhad. Bincangkan.[13]


Calon perlu
-             membandingkan kelebihan dan kelemahan syarikat  dengan koperasi
-          mencadangkan sama ada menubuhkan koperasi atau syarikat berdasarkan alas an /hujah/perbandingan yang dikemukakan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog