Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Isnin, 18 Mac 2013

Selamat tinggal sistem terminal,selamat datang sistem modular...

Assalamualaikum/selamat pagi semua....

Lama sungguh saya tak update blog ni...lebih daripada setahun...tetiba ja rasa nak tulis sesuatu.Mungkin terdorong oleh pengumuman keputusan peperiksaan STPM hari ini yang merupakan keputusan terakhir bagi sistem terminal...seronok tengok anak-anak yang tak putus senyuman kerana puas hati dengan keputusan yang dicapai...TAHNIAH!!!!kan betul cakap cikgu....setiap usaha pasti ada ganjarannya kerana itu janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji...Alhamdulillah...satu penutup yang manis...

Dengan pengumuman keputusan ini maka secara rasminya bolehlah diucapkan selamat tinggal kepada sistem terminal dan hanya akan menjadi satu sejarah dalam sistem pendidikan di negara kita,juga sejarah dalam perkhidmatan saya selama hampir 15 tahun mengajar di tingkatan enam...lama tu!

Apa yang cikgu rasa? You all nak tahu yang cikgu rasa ek...macam-macam rasa ada...sedih,bimbang,teruja...apa-apa pun perjuangan mesti diteruskan...

Buat rakan-rakan guru Pengajian Perniagaan di seluruh Malaysia ,walau mungkin kita tak pernah berjumpa,hanya perkenalan di alam maya...saya sangat berharap agar kita dapat berkongsi maklumat,idea,strategi dan apa saja berkaitan subjek demi anak didik kita...

Wassalam...jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog