Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Jumaat, 10 Februari 2012

Voucher Buku 1Malaysia

Assalamualaikum dan selamat petang semua...
Rasanya belum terlambat untuk saya menulis tentang voucher Buku 1Malaysia ni kan...bukan apa,baru-baru ni telah berlangsung majlis penyerahan voucher Buku 1Malaysia di SMK Penanti yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Jalil bin Abdul Majid.Meriah jugak la majlis tu...tengok gambar kat bawah nanti k

Ramai ibubapa maupun anak-anak yang tersenyum lebar bila diumumkan pemberian voucher RM200 kepada pelajar IPT dan pelajar Tingkatan 6,RM100 bagi menengah rendah...apa tidaknya pemberian ini sedikit sebanyak dapat jugak meringankan beban yang ditanggung kan...Emmm...RM200 banyak tu...macam-macam boleh beli kan...kalau bagi pelajar Tingkatan 6 memang tak abis pakai kalau setakat nak beli buku rujukan...boleh jugak beli alat tulis dan keperluan sekolah yang lain.

Di sebalik cerita seronok tu ada pulak yang cerita yang tak sedap di dengar...ada jugak pelajar yang melelong voucher untuk mendapatkan tunai bagi membeli benda lain...Ish ish ish...tak patut betoi.Kalau pun dah ada semua buku guna la duit tu untuk beli alat tulis ka,kertas ka untuk print assignment(kertas boleh simpan lama sebab belum tentu tahun depan ada lagi voucher ni)...beli buku/alat tulis bagi kat adik-adik, tak payah la guna duit tu untuk beli handphone atau top up...kan lebih bermanafaat...


Alhamdulillah budak-budak penanti tak buat tu semua...dengar cerita depa memang betul-betul merancang pembelian buku,meminta nasihat cikgu-cikgu buku apa yang nak dibeli dsb.Siap pergi beramai-ramai lagi bagi pembelian pukal demi memanafaatkan semua nilai voucher yang diterima. Memang terbaik la....Tahniah 

Ni gambar-gambarnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog