Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Isnin, 11 Julai 2011

Hari Koperasi Sekolah 2011

Hari Koperasi Sekolah (HKS) pada tahun ini disambut mulai 1 Jun hingga 30 Jun 2011 dengan tema 1 Untuk Semua, Semua untuk 1.Setiap sekolah boleh memilih tarikh mengikut kesesuaian masing-masing mengikut garispanduan yang telah disediakan oleh ANGKASA
Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum yang terpenting disekolah. Sehingga Disember 2010, sebanyak 2115 buah koperasi sekolah telah ditubuhkan dan 1,885 daripadanya telah menjadi ahli ANGKASA. Pada tahun 2010, sambutan HKS mendapat perhatian utama apabila sambutan HKS Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran di SMK Bera Bandar 32, Pahang pada 9 Ogos 2010.

Pada tahun itu juga, sambutan HKS peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan oleh 1,573 koperasi sekolah berbanding hanya 1,430 pada tahun 2009. Hasil daripada laporan bertulis yang diterima daripada koperasi sekolah, sambutan HKS telah mendapat sambutan baik daripada warga sekolah dan masyarakat setempat. Ini bermakna, sambutan HKS telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar. 
Koperasi Sekolah Menengah Penanti Berhad telah memilih tarikh untuk sambutan pada 25-30 Jun dan telah dirasmikan pada 28 Jun 2011oleh Tn Hj Othman bin Ahmad,Ahli Jawatankuasa Perhubungan Angkasa negeri Pulau Pinang yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Bank Persatuan Malaysia Berhad.Walaupun simple tapi boleh tahan  jugak la aktiviti tahun ni - pertandingan melukis poster,kuiz,jualan,pertandingan membuat apom balik,tanam pokok,penyerahan cek zakat kepada PUZ Pulau Pinang dan tidak lupa juga penganugerahan koperator terbaik kepada anggota lembaga yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan.Penerima anugerah Koperator Terbaik tahun ini ialah Mohamad Badree bin Abdul Hamid
                  Orangnya very low profile
                  Dipanggil segera menyahut
                  Diberi tanggungjawab tidak pernah diabaikan
                  Orangnya bersaiz sederhana....tapi
                  Tulang besi urat dawai....
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK dan warga SMKP yang telah membantu dan memberi sokongan untuk menjayakan sambutan HKS tahun ini.Ni ada gambar sekitar sambutan HKS 2011...

















1 ulasan:

-PuTeRa KeGeLaPaN- berkata...

WAH2.. TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SMK PENANTI

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog