Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Ahad, 24 Julai 2011

Program Jejak Menara STPM PDCA 2011

        Setelah setahun berlalu Program Jejak Menara  STPM PDCA kembali lagi bagi tahun 2011.Kali ini pihak penganjur iaitu JPN Pulau Pinang,ICU JPM,PERDA dan PUZ  telah memilih  Universiti Sains Malaysia,Minden Pulau Pinang sebagai lokasi program.Tahun lepas ia diadakan di USM,Transkrian.Pulau Pinang selama dua hari.
        Idea program ini sebenarnya bermula daripada usaha PPD Selatan yang telah menganjurkan program Jejak Menara 2009 yang telah berlangsung selama satu hari di bilik mesyuarat utama PPD Selatan,di mana hanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah di dalam daerah selatan Pulau Pinang sahaja.
        Bagi tahun 2011, program ini telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula 22 hingga 24 Julai (Jumaat - Ahad).Seramai hampir 200 orang pelajar Bumiputera yang terpilih dari sekolah-sekolah seluruh negeri Pulau Pinang telah berpeluang berkenalan dan bersama-sama mengikuti program yang telah disusun oleh pihak penganjur.Antaranya ceramah teknik menjawab MUET, Ekonomi,Pengajian Perniagaan,Motivasi dan ceramah kerjaya.

        Sudah tentulah pelajar dari SMK Penanti yang paling ramai kerana kami merupakan sekolah yang paling ramai calon STPM yang bertaraf Bumiputera.Agaknya memang rezeki budak Penanti la tu...walau pun cikgu tahu u all berat nak pergi kerana ada karnival kokurikulum yang kita nanti-nantikan tu...Tapi cikgu harap anak-anak telah mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada program ini.Next year cikgu akan jemput korang datang ke karnival koko...ok.
        Diharap usaha murni ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.Terima kasih kepada Cik Mazwin,En Fazli,En.Rizal dan semua peserta program....

Ni ada sikit gambar masa program tu....










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog