Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Selasa, 24 Mei 2011

Bank Koperasi ke tiga?- sambungan

Emmm...korang dah cek ke agenda mesyuarat penubuhan koperasi tu?sama kan...koperasi bercadang untuk mengumpul modal sehingga RM300 000 000 dan menetapkan syer minima untuk menjadi ahli ialah RM1 000.

Sebelum mesyuarat bermula para anggota telah diberi taklimat tentang Undang-undang Kecil koperasi oleh Tuan Haji Nasir Khan Yahaya,Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA

Dalam ucapan aluannya,pengerusi jawatankuasa penaja mencadangkan supaya nama koperasi ditukar kepada KOPSYA Angkasa sebab nak mengambil aura nama Angkasa tu yang memang gah...satu dunia dah tahu.Oh ya saya dah bagitau ke belum siapa pengerusi jawatankuasa penaja?tak pa lah bagitau je lah ek...Yang Bhg.Prof.Dato' Dr Mohd Ali bin Haji Baharom yang juga merupakan Presiden ANGKASA.

Kalau nak cerita A to Z apa yang berlaku semasa mesyuarat..fuhh! penat.Cerita panas?nak cerita ke?ce citer ce citer...ok..ok..antaranya berkaitan pengisian kerusi Ahli Lembaga Pengarah koperasi,elaun dia orang,gaji dan bonus CEO serta kakitangannya,bajet...pasal duit la semua tu...biasa la kan...hal duit ni sensitif sikit kan...kalau ada peluang memang ramai nak duduk kerusi Lembaga Pengarah tu...Dalam bajet tu diunjurkan untuk tahun pertama koperasi akan mengalami kerugian lebih 1.2 juta.Bila ada orang tanya Dato' Presiden kata unjuran tu..just to be conservative..beliau yakin tahun pertama pun dah boleh buat untung coz initial cost is very low, even office pun buat di bangunan ANGKASA ja...

YB Dato' Sri Ismail Sabri dalam ucapannya juga menaruh keyakinan penuh akan kejayaan KOPSYA Angkasa ini.Semasa Dato' lalu depan saya kan, sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman Dato' ada tanya"Dari koperasi mana?Saya pun dengan bangga menjawab "Saya dari Koperasi SMK Penanti"Dato' replied"Oooo...bagus"(agaknya dalam hati Dato' ...di mana penanti ni ye...ingatkan wakil koperasi besar ni...gaya boleh tahan...hehehe) Apa pun saya tetap sayangkan koperasi kami...

Ok lah sampai sini aja...Terima kasih kepada yang sudi baca entry yang super duper panjang ni...till next time.Ada sikit gambar kat bawah ni...












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog