Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Selasa, 24 Mei 2011

Bank Koperasi ke tiga?

Entry ni tentang event yang berlaku kira-kira lebih dua minggu sudah iaitu pada 22 April 2011 bertempat di Auditorium ANGKASA ,Wisma Ungku A.Aziz,Jalan SS4/3 Kelana Jaya,di mana  berlangsungnya satu mesyuarat agung penubuhan bagi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad(KPSA)(konsepnya macam bank la...).Kira saya ni mewakili Koperasi SMK Penanti Berhad la..yang menjadi ahli KPSA.

Mesyuarat ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob,Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan(KPDNKK)

Agenda mesyuarat:
  1. Perlantikan pengerusi mesyuarat
  2. Perlantikan Pencatat Minit
  3. Persetujuan menubuhkan KPSA Berhad
  4. Penerimaan Undang-undang Kecil KPSA Berhad
  5. Persetujuan membuat permohonan kepada SKM mendaftar KPSA Berhad
  6. Meluluskan Aturan/Rancangan Perniagaan KPSA Berhad
  7. Membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan bagi dua tahun berakhir 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012
  8. Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi
  9. Meluluskan perlantikan panel juruaudit luar
  10. Pemilihan Anggota Lembaga KPSA Berhad
  11. Perlantikan Jawatankuasa Syariah
  12. Perlantikan Panel Lawyer
  13. Hal-hal lain
Cuba korang bandingkan,sama tak dengan yang korang belajar dalam bab 5-Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotif Untung...ada lagi ni,tapi sambung nanti ya....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog