Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Selasa, 24 Mei 2011

Lawatan Sambil Belajar Panitia PP

Sebenarnya lawatan ni dah lama..14 Mac 2011, tapi baru ada ilham nak tulis...HPA Industries(M) Sdn.Bhd di negeri Perlis Indera Kayangan menjadi destinasi pilihan panitia PP tahun ini.Lawatan sambil belajar telah menjadi aktiviti 'wajib' panitia sejak beberapa tahun lepas dan memang selalu dinanti-nantikan oleh pelajar kerana hanya yang terpilih sahaja yang akan berpeluang menyertai aktiviti ini.
 
Tiba di kilang HPA di Arau pada pukul 9.30 pagi,tepat sebagaimana yang dirancang...sambutan yang agak suram pada mulanya...sebenarnya tak ada orang sambut pun...rupa-rupanya kami difahamkan kakitangan lelaki baru selesai mengerjakan solat Dhuha dan berdoa manakala yang perempuan sedang mengikuti kuliah agama.

Setelah diberi taklimat kami dihidangkan dengan minuman kopi Radix yang famous tu...kopi-kopi je?..kuih tak ade ke?(meminjam dialog Pak Ajis)..Emm dah segar ...kami dibawa masuk melawat ke dalam kilang.Tapi di sini hanya proses packaging saja di mana rpoduk dimasukkan ke dalam kapsul atau botol dan dilabelkan..that's all!..ada makanan kesihatan,ubat resdung dan sebagainya.Oh ya , lupa pulak antara maklumat penting yang boleh dikongsi ialah HPA Industries(M) Sdn Bhd telah berjaya mendapat anugerah GMP(Good Manufacturing Practice) dan  turnover was about 20 million for a month...besar tu...

Pukul 11.00 pagi bertolak pula ke kilang HPA di Kuala Perlis..di sini kami dibawa masuk ke dalam dan ditunjukkan proses mixing and packaging kopi Radix.Sekali lagi dihidangkan dengan kopi...

Perut pun dah lapar..singgah makan di Restoran Tok Mek...eksyen sikit la tauke dia...korang cikgu dah ajar kemahiran komunikasi jangan lupa pulak apply ye....singgah sembahyang jap lepas tu kita pergi shopping!!! di Padang Besar...sakan juga semua orang shopping hari tu...

Satu lagi perkara yang menjadi tradisi panitia pp ialah setiap kali lepas lawatan mesti ada peraduan menulis laporan...TAHNIAH kepada Khairunnisa and the gang kerana telah memenangi tempat kedua....

Ok lah...till next time..ni ada gambar semasa lawatan tersebut...
peraduan ratu kaki cantik......









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog