Selamat Datang Ke Blog Soal Pengajian Perniagaan Bersama Cikgu Rampawan

Khamis, 21 April 2011

SEMAK STATUS PENDAFTARAN MEdSI

Apa itu MEdSI??? ( sumber:http://www.mpm.edu.my )

Pengenalan Kepada MEdSI

Menurut Holland (1998), keselarasan antara ciri-ciri guru dengan sesuatu kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2005), pemilihan kerjaya yang baik adalah seakan-akan sama dengan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau pasak empat segi ke dalam lubang empat segi. Ini bermakna, terdapat keperluan untuk menentukan “individu yang betul untuk kerja yang betul” diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon guru.
Berdasarkan matlamat di atas serta parameter penting kriteria pemilihan guru iaitu personaliti, minat, pencapaian, nilai integriti dan kecerdasan emosi, satu instrumen telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.

Nama
IPTA
Sidek Mohd Noah (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia
Abdul Malek Abdul Karim (Ed.D.)
Universiti Utara Malaysia
Wan Marzuki Wan Jaafar (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia
Joharry Othman (Ph.D.)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Norlena Salamuddin (Ph.D.)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd. Taib Harun (MA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Lihanna Borhan (Ph.D.)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Zulkifli Mohamed (Ph.D.)
Universiti Malaysia Sabah
Abdul Malek Abdul Rahman (Ph.D.)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tajularipin Sulaiman (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia
Jamaludin Ahmad (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia
Munirah Ghazali (Ph.D.)
Universiti Sains Malaysia
Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor (Pd.D.)
Universiti Teknologi Malaysia
Nabilah Abdullah (Ph.D.)
Universiti Teknologi MARA
Sapon Ibrahim (MSc.)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Mohd. Yusop Ab. Hadi (MEd.)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Format MEdSI

Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item) dan Kecerdasan Emosi (60 item).
Tujuan MEdSI

Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.
Maklumat MEdSI

Pendaftaran

Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory)
(i) Siapa yang layak memohon:
Calon lepasan STPM/setaraf yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan berminat untuk mengikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di IPTA.  Calon-calon yang memenuhi syarat umum dan syarat khas, akan dipilih oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) untuk menduduki ujian MEdSI.
(ii) Bagaimana memohon
Pihak KPTM akan menyiarkan iklan berkenaan tawaran permohonan untuk program pendidikan di IPTA (Ijazah Muda pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Calon yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka secara atas talian (on-line) di laman web KPTM ( www.mohe.gov.my ).
(iii) Semakan status menduduki ujian MEdSI
Calon yang memohon, perlu menyemak status menduduki ujian MEdSI di laman web MPM ( www.mpm.edu.my ). Calon perlu mengambil perhatian tarikh semakan status menduduki ujian MEdSI semasa iklan tawaran permohonan dan makluman oleh pihak JPT, KPTM di media massa.
(iv) Semakan calon yang dipilih untuk sesi temu duga (berjaya melepasi ujian bertulis MEdSI)

Semakan panggilan temu duga disiarkan di laman KPTM ( www.mohe.gov.my ).
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujian MEdSI, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-03-88835801/5602 atau laman web KPTM www.mohe.gov.my.


Semak Status Pendaftaran MEdSI bagi ujian 30 APRIL 2011 secara Online mulai 22 April 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terbaru di sini

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

email: CikguRampawan@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2011 - Soal PP

Designed by Free CSS Templates | Bloggerized by Harirh | SpiceUpYourBlog